29 september 2013

assalamualaikum WBT semua
hati ini tiba2 tergerak nak menaip kat blog ini
ok kita mulakan sekarang
bismillahhirrahmanirrahim :)

tanggal 29 september 2013
pagi itu aku mempunyai final paper CTU151 pada jam 9 pg sehingga 11 pg
lepas hbs paper tu aku dan roomates aku gerak g uptown sebab kebulur tahap gila
dalam pukul 12 aku dapat call dari abg sepupu aku
dia tanya fatin kat mana dan dia tanya mana semua family aku
aku pun pelik gak apa motif dia tanya , bila aku tanya kenapa dia cakap saja jer abg tnya ,
then tak lama lepas uw akak aku call dan ayat dia yg pertama "kau dah gerak belum? "
ok aku pelik then aku balas "gerak pg mana?" then akak aku balas "kau tak tahu ker balang lemas kat asahan ,balik skg ke tangkak" tet mati ..
aku terkedu ,terkejut ..
aku terus masuk bilik dan termangu macam org bodoh
betul ke akak aku uw , betul ke apa yg dia cakap uw ,
aku termenung sambil airmata mengalir ,
then akak aku call lagi skli kata balang aku sah sudah pergi menghadap penciptanya
aku ta meraung cuma aku mengalirkan airmata aku ni ,sungguh deras ,sungguh pilu ,sungguh tak sangka ,
tiba2 aku teringat baru semalam balang aku text ajak pg melancong tahun dpn

ya Allah aku tak kuat dan tabah menghadapi dugaan ini
aku tak percaya abg aku dah pergi
abg yg paling rapat yg paling suka bergurau dgn aku
banyak jasa dia kat aku dari aku kecil sampai umur aku 19 tahun

aku naik bus kat teluk intan turun puduraya ,
dari puduraya ayang amek aku bawa pergi ke tbs
jam 8 mlm bas aku bergerak ke tangkak
0930 mlm aku smpai dan abg aku amek kat tangkak dan suasana dalam kereta itu sunyi

ya Allah
aku cuma terkilan kerana tak dapat jmp dia ,
peluk dia ,cium dia buat kali terakhir ,
arwah dikebumikan lepas asar dan aku smpai tangkak lepas isyak ,
hanya aku seorang adik yg tak dapat lihat dia buat kali terakhir
kau tahu hati ini sungguh terkilan sedih dan rasa bersalah
kenapa perak dan johor sangat jauh ? KENAPA ?

ya Allah
semoga kau tempatkan arwah balang aku di kalangan org yg beriman
janjikan syurga buat dia dan ringankan segala azabnya
ampunilah segala dosa-dosanya dan lindunginya dgn keberkatan mu ya Allah
sesungguhnya kau la maha mendengar dan maha mengampun

in sha Allah
sampai bila2 hati ini akan terkilan sebab tak dapat jumpa balang buat kali terakhir
aku bukanlah insan yg kuat dan tabah bila menhadapi dugaan mu Allah
aku insan yg lemah yang hanya ingin di bantu oleh mu .


muhammad khidil ismeat anuar

semoga tenang di sana 
in sha Allah

assalamualaikum :')

Tiada ulasan:

Catat Ulasan